Peminat Tomyam

February 26, 2011

Jalan Mana yang Kamu Pilih

Assalamualaikum..

Hari nie adalah hari kita belajar subjek Agama yaa anak-anak..Ustazah harini bersemangat sikit nak berkongsi serba sedikit ilmu yang ustazah rasa patutlah dikongsi di sini.. Walaupun ustazah ni tak macam ustazah pon (ketika menaip ustazah hanya berkain batik, berT-shirt lengan pendek dan free hair)...heeeee~~

Janganlah menuduh ustazah nie bukan-bukan..Ustazah sekarang menaip di dalam bilik gelap ustazah di mana ustazah sentiasa 'berkhalwat' seorang diri...sekarang tak da laki-laki ajnabi..so why not ustazah ber'free hair' la kan..maaf ya kadang-kadang ustazah glemer untuk ber'speaking'..ngee =D

Pagi tadi ustazah ada baca buku bertajuk Realiti Gerakan Sufisme oleh Ridhuan Abdullah (2007). Ustazah nak berkongsi ja lah kat sini k.. Tapi ustazah tak reti/terer/pakar/pro bab-bab mcam nie..sekali lagi nak cakap nak BERKONGSI sahaja kalau ada readers yang baca tu dan ada yang xbetul, so tegur lah ustazah nie k..^___^

Ustazah ada baca bab JALAN.. sory ini bukan segmen Jalan-jalan Cari Makan ok..atau Jalan Mati atau Selamat Tinggal Jalan..tapi jalan-jalan cari kebenaran..KIta boleh tengok sebelum nie ramai nak bercakap soal aurat, ramai yang bercakap soal pemimpin fasik, ramai isteri yang menegakkan keadilan, ramai suami yang mempertahankan maruah, ramai perempuan mendedahkan aurat dgn berfesyen secara berlebihan, ramai lelaki yang tidak bertanggungjawab. dan..ramai yang berlumba-lumba menyoalkan dalm konteks mempertahkan isu Syiah..Kenapa semua ini berlaku? 

Adakah mereka bengap atau jongos terhormat? oh..tidak mungkin kerana ada juga orang berpurdah dan berlebai yang terkandas..Padahal mereka mempunyai banyak pengetahuan agama..kenapa masih berlaku perkara-perkara mungkar macam nie..?

 perlu ke berlebihan-lebihan dalm berfesyen utk kelihatan 'canteq'..?
 permusuhan, peperangan, pecah belah..? apakah ini yang dinamakan kesatuan ummah?
 syiah? apakah ia sesat atau benar?
 isteri dera suami..suami dera isteri..kenapa??
pemimpin yang fasik??apakah ciri-cirinya?
(sekadar gambar hiasan..jangan marah ye auntie Rosmah)

(ohh auntie Rosmah..sory mempemeskan dirimu..kerana bercakap soal pemimpin..ku lebih teringatkan dirimu berbanding Uncle Najib..luv u.ngee~)

Jom...kita belek balik apa tujuan kita hidup kat dunia nie: 

Firman Allah SWT: Maksudnya: 
'Dan (ingatlah) AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk menyembah dan beribadah kepada-KU' (Surah al-Dzariyat:56)

Ni sebenar tujuan kita hidup kat dunia..untuk menyembah kepada YANG SATU yakni Yang Maha Esa. kenapa perlu berlumba-lumba untuk jadi yang terbaik di depan manusia, bukan di depan Tuhan?

Hakikatnya, Allah bagi kita akal untuk membezakan kita dengan makhluk-makhluk ciptaanNya yang lain, bahkan Allah telah mewahyukan kitab-kita suci yang mengandungi perintah dan maran agar menjadi panduan dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Tak cukup dengan tu, Allah hantar kat kita para utusan (para Rasul) supaya kita tak berada dalam kesesatan.

Firman Allah SWT: Maksudnya:
' Rasul-rasul (yg Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa berita gembira (kepada golongan kafir dan pelaku maksiat) supaya tidak ada sebarang hujah (alasan) terhadap Allah sedudah mengutus para Rasul itu. Dan Ingatlah Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana'- Surah al-Nisa': 165

Nah..sudah terang lagi bersuluh...kenapa kita perlu menyesatkan diri?..tak payah nak ikut trend sekarang, tak payah nak ikut orang. tak payah nak kutuk orang itu tak bagus padahal diri sendiri pon sebarai..tak payah nak jadi pemes..tak payah nak berlumba-lumba untuk riak..tapi berlumba-lumbalah untuk ikut Jalan Kebenaran. Jalan yang diperintahkan Allah dan Dilarang oleh-Nya.

Dari Ibnu Mas'ud r.a berkata:
Maksudnya:
'Rasulullah SAW telah membuat satu garisan dengan tangannya dan berkata : Inilah jalan yang lurus (diredhai Allah). Kemudian. baginda menggariskan beberapa garisan kanan dan kiri yang lurus itu tadi sambil berkata: Jalan yang banyak ini adalah jalan yang kesesatan. Tidak ada satu jalan pun daripada jalan yang banyak ini pasti ada syaitan yang memanggil-manggil ke arah jalan itu.'

ha..kamu nak ikut jalan mana? jalan yang ada banyak setan ka? atau macam nie..

Firman Allah;
3:103. Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.


So..lebih baik kita pilih jalan yang sikit daripada jalan yang penuh dengan kesesatan Ok..sampai sini saja ya anak-anak..sory ustazah tak reti sangat nak terang bab-bab macam nie..tapi fokus utamanya.kita tak payah nak sebok-sebok kata ini betul itu tak betol..tapi kita cermin diri dulu..perbaiki diri untuk tingkatkan Ibadah kepada-Nya..
Hanya dua panduan untuk ke jalan kebenaran.. yakni ikutlah Al-Quran dan As-sunnah..wallua'lam..

p/s: Selamat Beramal~~^_^

2 comments:

hamka said...

wah ustazah rupenye.. mmg menyedarkn lah entri ni..

CikTomyam said...

hak3..ustazah kepolahatakku..sila kenai ceq dlu ok..hahahaha