Peminat Tomyam

March 16, 2011

Segmen Aku Student Berwawasan!

Assalamualaikum...

Yeahhh! 'Aku memang student berwawasan!' sebab tu cik tomyam nak join segmen oleh Junko El- Hida dalam Blog Melayu Frustasi.

sila klik banner di atas untuk join segmen yaa..

Jom tengok apa yang cik tomyam nak cerita sebagai student yang berwawasan nie..
cewahh =)

Kena jawab soalan-soalan yang telah disediakan nie:

1. Belajar di mana?
Universiti yang telah dibina atas air mata rakyat sendiri untuk mewujudkan institut pendidikan tinggi kebangsaan, tak lain tak bukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2. Jurusan apa?
Jurusan Pembangunan Manusia di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Jurusan ini membantu kami sebagai agen pembangunan manusia macam mana nak bangunkan manusia yang tak bangun-bangun lagi..huhu
(kadang-kadang diri sendiri pun tak terbangun..ngee~)

3. Jika kalian dah berjaya dan tergolong dalam golongan professional, apa yang kalian akan lakukan untuk membantu golongan yang kurang pendidikan?
Tak perlu tunggu nak jadi golongan professional untuk buat usaha ini, sebagai agen pembangunan manusia (kononnya), kami sedia menawarkan khidmat membangunkan komuniti. Contohnya, kami mendekati terlebih dahulu golongan macam tu untuk mewujudkan hubungan yang lebih mesra, kemudian buat program berbentuk kesuralewanan. Antara program yang pernah buat adalah program motivasi. sila lihat bukti di bawah :

 program motivasi di SMK Kuala Selangor (anjuran Psyclub UKM)
 Program Motivasi di UKM (anjuran Rakan Muda)
 Program Motivasi di SMK Sg. Tong, Terengganu (anjuran kelab KO-K)
 Program Membina Peribadi Unggul di SK Bangi Jalan 2 (anjuran sendiri)
program motivasi bersama anak yatim di Terengganu

4. Jika kalian merupakan pemimpin, 
apa perkara pertama yang kalian akan lakukan kepada negara?
Oh..kalau cik tomyam jadi pemimpin. cik tomyam berhasrat nak jadikan negara Malaysia negara Islam yang mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar. Undang-undang baru diwujudkan kalau ada rakyat yang buat kesalahan, yang lain nampak dan tak tegur, akan dikenakan denda. Kalau yang menegur pulak kena belasah dengan orang yang ditegur tu, orang tu pulak kena belasah..wakaka..
yang penting pemimpin kenalah amalkan kepimpinan melalui tauladan dan demokrasi

baru betul rakyat diutamakan, pencapaian ditingkatkan!

sekian ;)


9 comments:

Puteri Katek said...

wah!!! terbaik!!!!

CikTomyam said...

erk, terbaik apa katek?

hadi Saaidin said...

cik tomyam, saya pon suka makan tomyam pedas. ada satu kedai ni kat taman maju, seri iskandar Perak. sgt sedap. sangat2 direkomenkan. pedas2 masam dan kaw! hehe.

CikTomyam said...

hadie..adeii kat perak la pulak..hehehe nnti nak belanja kah? haha

Cik Pulau said...

eerkk.. cik pulau pun UKM.. lalala~
nape tak perasan segmen ni hah..
sempat lagi tak nak join ni eik??? lalala~ ^^,

Unknown said...

dari masyarakat kepada masyarakat.. nicee!!!

CikTomyam said...

cik pulau: yeka? huhu saboo jelah

CikTomyam said...

nub : that's rite bebeh =)

Liza @ Adzriel AB said...

ukm...dekat dah tu..