Peminat Tomyam

April 24, 2011

Ucap 'Terima Kasih'..Susah Sangat Ka?

Assalamualaikum..

Harini susah nak tengok orang beradab di akhir zaman nie..Kalau ada pun, bila kita yang mula dulu senyum dan tegur orang tu. Kalau tak, tarik muka masam 18 inci. Huh. Sama-samalah kita ingat-memperingati kan..

Kalau cakap bab berterima kasih nie, konsepnya cukup mudah dan simple. Cuma perlu ucap 'Terima Kasih' dengan ikhlas, Boleh juga ucap 'Thank you' atau 'Thanks'.. See..mudah kan? 

Bila masa kita perlu ucap 'Terima Kasih' nie?
Bila ada orang bagi pertolongan je ka? Ok..jom kita tengok situasi yang mana sepatutnya wajib tidak harus mengucapkan terima kasih..=D

1.Turun dari bas/ teksi - Walaupun kita bayar tambang bas atau teksi yang kita naik, ucaplah terima kasih kepada pemandu bas/ teksi. Sekurang-kurangnya kita menghargai pakcik/makcik bas/teksi tu..Errr..kalau naik KTM dan LRT tak perlu kot..hehe.

2. Ibu/ isteri Masak dan Sediakan Makanan - walaupun tak sedap masakan mak atau isteri anda, ucaplah terima kasih untuk menghargainya.

3. Mendapat balasan mesej di telefon apabila anda minta tolong daripada seseorang - Haa..yang ini CT tengok paling banyak orang jarang buat, kadang-kadang kita minta tolong sesuatu dr kawan kita, contohnya minta tolong bagi no telefon kawan yang lain, bila orang tu balas mesej kita dan bagi no telefon yang diminta. Kita terus senyap tanpa ucap terima kasih..haishhhh....!! kadang-kadang menyampah jugak orang macam nie..!Grrrr....

4. Bila ada orang bagi laluan - Kalau kita memandu kereta, menunggang motosikal, kayuh gerek (basikal) atau jalan kaki, lepastu kita mintak laluan atau tak payah mintak orang bagi kita laluan, ucaplah terima kasih.. Ingat senang ka nak jumpa orang bagi laluan atau bagi chance kita potong kenderaan dia..angkat ja tangan atau hon sebagai ucapan terima kasih.

5. Bertanyakan sesuatu - yang nie jarang la nak tengok orang tak ucap terima kasih kalau bertanyakan sesuatu kan..Tapi jangan tak caya ada ja orang tak ingat nak ucap terima kasih..heheh macam berpengalaman ja? huuuuhuuu~

6. Orang bagi sesuatu - Ini pun sepatutnya buat dan kalau boleh di tahap harus lagi lah untuk ucap terima kasih.  Err..perlu paham bagi sesuatu tu untuk kebaikan diri kita dan orang tu. Kalau orang bagi pelempang, tak perlu kot ucap terima kasih walaupun anda yang mintak... :D

7. Apabila orang datang blog dan komen - Ini penting untuk menghargai pengkomen di blog anda, tambah-tambah kalau pengkomen tu puji lagi entry ada.. Susah ka nak reply dan ucap terima kasih. Kalau terlepas pandang tu ok lagi.. Tapi ni dah baca komen tu pun tak reti-reti lagi nak ucap terima kasih.. Whatthehey..!!

8. Terima Kasih kepada Yang Hak- Ucaplah terima kasih dan syukur kepada Pemberi Nikmat yakni Allah S.W.T. Semoga kita menjadi insan yang tak kufur nikmat. Sebagai hamba-Nya, kita wajib buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang-Nya. Itu adalah usaha untuk bersyukur..

Banyak lagi situasi yang memerlukan kita ucap terima kasih. Kalau anda bisu atau malas sangat nak ucap terima kasih. Senyumlah jika mampu..ok..!^_______________^

'Terima kasih' sudi baca =D

No comments: