Peminat Tomyam

May 9, 2011

Nawaitu is Niat

Assalamualaikum..

Tanpa berlengah lagi, hari ni nak berkongsi pasal Nawaitu atau kita selalu sebut Niat. Sebelum nie dah pernah bincang pasal entry berkaitan dengan niat juga... boleh baca kat sini. Jadi, entry kali ni adalah lanjutan dari entry hari tu. 

Apa maksud niat?

Bahasa : Kehendak hati atau tujuan hati.
Istilah : Gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t

Pasai apa niat ni penting dalam setiap perkara yang kita nak buat? Meh baca hadis ini pula:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Ha...dah jelas belum? Niat tu perlu tapi sangat perlu jika diiringi dengan KEIKHLASAN.
ke mana mahu pergi kalau tanpa niat?
Setiap muslim dituntut supaya mengikhlaskan kerjanya kerana Allah Subhanahuwata’ala.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud):

Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”.

Jadi, kalau kamu niat berblog (contohnya) kerana nak popular, nak dapat trafik atau nak dapat duit. Kirim salam lah, Allah tak terima amalan kamu berblog nie walaupun pengisian blog kamu penuh dengan dakwah islamik..Tapi, kalau kamu niat berblog kerana Allah..alhamdulillah, semoga Allah memberkati usaha murni kamu tu...

Tiba-tiba CT pun rasa tersentak dan insaf juga lah kan. Kadang-kadang kita lalai, asyik nak kejar follower. Tapi kita lupa untuk apa kita buat semua tu kan?

Tapi, Allah tu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, sebab apa? Mai baca bawah nie pula :

“Ketika engkau berniat melakukan perkara baik, maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apabila engkau lakukan, dapatlah engkau satu pahala. Apabila engkau berniat tetapi tidak melakukannya, maka satu pahala sudah pasti milik engkau.”

Lihat kemurahan pencipta kita, selalu memudahkan hambaNya dalam urusan dunia, ALLAH tahu apa yg kita perlu. Kita lihat pula niat buruk;

“Apabila engkau berniat buruk, maka engkau tidak dapat dosa ketika meniatkannya. Tetapi apabila di susuli tindakan dosa itu, maka engkau akan dapat satu dosa. Namun, sekiranya engkau berniat sahaja, tiada dosa sehingalah engkau melakukanya.”

Sekali lagi, lihatlah kemurahan ALLAH. DIA amat menyayangi hambaNya. Sangat kasih akan hambaNya.
 
Ayuh, mulakan niat hanya semata-mata kerana ALLAh SWT. Memulakan hidup keranaNya, melakukan kerja keranaNya, menundukkan diri keranaNya, merehatkan diri keranaNya… Lakukanlah keranaNya.


Itu saja, kalau nak bincang pasal topik Niat nie sok lusa pun tak abeh, CT harap semua paham dan dapat manfaatnya ok. Sama-samalah kita muhasabah dan berhijrah.
Terima Kasih sudi baca....^^..







No comments: