Peminat Tomyam

October 4, 2011

Blog Aku Takda Orang Baca, Ada Aku Kesah?

Sensitif ka kalau tulis entry panjang-panjang tak da pon sorang hamba Allah yang nak baca?

Touching sangat ka kalau buat blog tak da orang yang tahu?

Kecewa ka kalau apa yang dicerita kat blog tak dapat sebijik komen pon?
Frust sangat ka kalau blog tak ramai follower?

Bagi CT la kan, memang kita buat blog untuk berkongsi sampai ada jugak yang buh nama blog ' Sharing is Caring'..

tapi kena ingat kalau kita buat blog, tulis entry sampai sehari 2,3,4,5,6,7 entry, untuk up trafik lepastu kejar follower, lepastu dok blogwalking ja memanjang (macam dah tak da keja laen nak buat dalam hidup ni) dah lari dr niat asal la kan...Tu belum tengok lagi pengisian entry, dengan mengutuknya, dengan syok sendirinya (macam aku..hohoh)..CT sangat tak caya kalau seorang blogger tu ada beriban-riban follower tapi entry dia macam whatthehey! perlu ke cerita pasal ini dan ini?

Kalau blogger gegurl : itew nak ceritew pasai semalam itew mimpi dipatuk ular, lepastu itew bergaduh dengan mak sebab berebut remote control...sungguh malang naseb itew..bla..bla..bla..

(muntah purple boleh?***)

Kalau blogger lelaki : gua rasa tak leh blah dengan awex pkai shawl kalerful, dengan beg kaler pink, perghhh senyuman beliau menarik hati gua beb...dan..dan..dan..%&$&$*#1fh (unsur lucah)...atau entry kutuk mengutuk..tak terlepas perkataan whatthef***k, p***m*k,cam har**m, dan..dan.dan...

Ya, itu dinamakan berkongsi, dengan harapan (di dalam hati semua blogger), ada yang nak baca, simpati, bertimbang rasa,dan KOMEN..! (sama ada komen kesian, setuju atau sama2 mengutuk..

Betul kan? Hangpa semua jangan nak tipu, mesti akan rasa macam tu setiap kali tulis entry kan? (sebab aku pun selalu rasa camtu, wakakaka...! dan psttt sudah berangan akan ada yang komen entry nie...wakakakakakakakakaka - sory terpanjang gelak) -.-

Secara terang lagi bersuluh lah, CT pun ada jugak blogwalking dengan besar buahdada hati, ada blogger lain yang sudi singgah dan komen entry blog CT nie. Sekurang-kurangnya ada yang caring dengan naseb dan kehidupan harian kita yang selalu malang nie... (geliketiakaku)

Tapi,,,,..... lama-lama macam bosan/ cemuih dengan cara pengeblogan macam tu, setiap kali tulis entry (selain ping kat group blogger), mesti nak blogwalking...honestly, CT dh bosan nak buat macam tu, banyak keja laen lagi kot nak buat kan.. Jadi, kesimpulannya, CT dah tak kisah ada yang nak baca entry kat blog CT ni, nak komen ka tak ka, ada aku kisah?

**Lagipun ini memang tujuan asal CT buat blog,CT taw taip apa yang CT rasa, CT fikir, dah CT luah ja kat blog CT. tak da orang baca pun tak pa, tapi zaman akan datang bila kita baca balik semua entry kat blog kita, best.. kan...??(konon mengimbau kenangan)

Sekian..^^

-sekadar tulis apa yang difikirkan, betol ka salah ka, this is my perception, what's yours?



No comments: