Peminat Tomyam

October 7, 2011

Hidup Sekarang Terasa Lebih Muda...Apakah?



Sekarang nie, setelah hidup bertukar status dr seorang student ke seorang pekerja. Hidup terasa lebih muda. Ha..tak caya? CT pun tak caya la...hehehe. Ini bukan perasan taw, ini perasaan CT, seriously, sekarang nie rasa lebih muda di mana jua dan terasa lebih naif..(huhu kadang-kadang rasa macam rendah diri sangat). -.-

Antara situasi yang menyebabkan Ct terasa macam tu:

1. Bila ada meeting, mesti ahli-ahli yang hadir terdiri daripada pensyarah-pensyarah berpangkat Prof. dan Dr...wahh terasa diri nie naif sangat sebab CT sorang-sorang ja. Ct bertindak sebagai pencatat, so banyak diam dari bercakap. Walau ada benda nak tanya, tapi tanya dekat puan-puan pegawai sains di luar meeting saja. Malu beb.haha..

2. Bila makan, ada staf satu opis ajak makan, rasa macam tak layak keluar makan ngan depa semua. Staf semuanya pangkat2 pegawai walaupun pegawai muda yang umur bawah 30, tapi sangat segan sebab depa semua dah kenal dalam 6-7 tahun. CT baru kenal dengan depa sebulan.huhu. (Terlalu segan sampaikan makan cover2 dan bg alasan dah janji nak makan dengan kawan..haha).

3. Mengenangkan status diri yang masih bujang berbanding staf-staf lain dan pensyarah yang sudah berkahwin dan beranak pinak. Kadang-kadang CT kompius nak panggil puan atau kakak. Sebab depa membahasakan diri kakak, CT lak panggil puan. Bila depa melawak unsur-unsur orang dah kawin, CT terpinga-pinga dan tak dapat nak menyampuk. Adoii...ni yang terasa nak kawin cepat ni, sekurang-kurangnya sama jugakla taraf daripada segi status.. (haha leh lagu tu?)

4. Kalau pergi trip, CT lah paling muda dan rendah taraf, sebab CT staf baru, tak tahu menahu tentang company sangat dan selok belok tugasan,. Apa yang orang lain cerita dan sembang CT tak tahu menahu nak menyampuk takut dikatakan menyibok. Alahai boleh sengih-sengih ja dan sembang nagn abang driver saja.

5. CT selalu nebes (nervous) bila berhadapan dengan situasi-situasi seperti di atas. CT tak da kawan sebaya, CTlah paling muda (belum masuk 22 tahun). Rasa ada ja tak kena dan naif sangat. Tambah-tamabah kalau boss selalu tegur CT, 'alahai..anakku..anakku...'

'Erkk...bila masa kau kawin dengan mak aku...' (CT berdialog dalam hati..)

Sekian. itu sahaja di hari jumaat ini...^^

No comments: