Peminat Tomyam

October 5, 2011

Pakai Cantik-cantik Tapi Naik Motor, So?

CT tengah siap-siap nak p pesta konvo, mestilah kena pakai lawa-lawa kan, sebab menyambut hari bersejarah bagi diri sendiri sebagai manusia yang ada Ijazah (kembang pungkuk), bersyukur dan bangga sebab berjaya menamatkan pelajaran Ijazah Sarjanamuda (je pun). Alhamdulillah..syukur sangat..=)

Masa nak konvo semua nak pakai lawa-lawa la kan (lawa ke?). CT kan pakai spek bila konvo terus buka spek, pakai konteklens (kaler hijau youuu), kira mata lawa dah la..(muntah).. Masa dh di'touch up' oleh kak CT, lepas tu kami get ready nak bertolak ke dewan konvo, CT pun ambek helmet sebab pergi dewan konvo bawa moto ja, bonceng kakak sebab kami memang takda kereta masa kat UKM. Kalau you oll nak taw, CT memang minah rempit (kategori sopan dan tutup aurat ok). CT memang selalu naik moto ja p mana-mana pun, kalau drive kereta, kompom CT langgar dinding rumah orang atau tayar masuk longkang...(sila jangan gelak). Ok, CT orang yang gelojoh (harap tidak di malam pertama =p) dan sangat tidak sabar apabila kena queue di traffic light. So, CT prefer naik moto sebab senang nak celah dan tak tersangkut dalam traffic jam.

Lepas dah ambil helmet, ada membe CT tegur ' laa..pakai cantik-cantik tapi naik moto'..

erk..CT rasa terkedu, kenapa dengan naik moto, salah ke? Atau naik moto hanya untuk orang yang pakai selekeh dan comot je?

Ermm..orang perempuan ni, CT taw ada sesetengahnya (rasa ramai kot) yang tak reti bawa moto, dah tu dengan alasan, 'bahaya la bawak moto', 'nampak macam jantan laa', 'mak tak bagi' dan bla,bla,,bla..

Dah tu, CT mampu beli moto je buat masa sekarang nie, kereta mainan boleh la beli, kereta betol tak boleh lagi.hik3~~ padahal ada ja kancil kat rumah kat kedah tu, Tapi memang CT suka bawa moto, sebab sempoi dan senang (kalau hujan dan terlalu jauh memangla tak kan)

Maka, CT pun jawab kat membe tadi, 'Naik moto la senang dan cepat, tak payah cari parking teruk-teruk'

Kan....

Eh..nak perbetulkan cikit la minda hangpa wahai gol.perempuan, nak jumpa en.maut, bukan sebab naik moto je taw, kalau bawa kereta pun kalau ditakdirkan, mati tersepit dalam tu jugak.. 

Dan..

Kalau naik moto, anda masih boleh menjaga tahap kesopanan, kecunnan dan keayuan anda ok!

****erkk CT tengah berangan nak beli moto Superbike...erk..!Yamaha Ninja ok tak?


No comments: