Peminat Tomyam

January 5, 2012

Facebook : Kebebasan Bersuara Melampau?

Facebook merupakan laman soSIAL yang sangat meluas dan ruang interaktif yang praktikal dalam kalangan seluruh masyarakat dunia. Apa taknya setiap individu yang mempunyai akaun Facebook bebas mengupdate status masing-maisng tanpa mengira status tersebut perlu diupdate atau tidak. Ok, aku pun kadang-kadang meraban juga buat status bukan-bukan, sebagai contoh aku pernah buat status :

"dh lma idup single..rasa cm nak kapel pulak..ahakssss~~~"

ok,. aku ada maksud tersirat kenapa aku buat status mcm tu. Aku nak taw sejauhmana membe-membe aku tahu yang aku dah tak single lagi..(hahah jujur betol aku..). Seyes aku bukannya jenis perempuan yang suka nak cari publisiti nak heboh-heboh yang aku ada balak ka, tunang ka suami ka. Aku rasa tu tak perlu. Dan kawan-kawan baik aku sendiri pun ada yang tak tahu mengenai status sebenar aku. Jadi, berdasarkan komen-komen dari status yang aku buat tu, tak menunjukkan ada yang care bahawa aku sengaja nak meraban bukan nak cari kapel lagi-sebab aku dah tak single lagi. Hahaha...

Ok..berbalik pada topik. Hari-hari boleh dikataakn aku buka Facebook, bukan sekadar buang masa nak chatting atau main game ye, tapi aku rasa Facebook adalah ruang yang paling cepat nak dapat info. Aku boleh taw macam-macam benda melalui Facebook ja. Kadang-kadang tak baca paper lagipon dah taw berita semasa kat Facebook. Pasal kes Ariff kahwin dengan gay pon aku leh taw di Facebook ja. Kau mampu? Hahah kenapa perlu aku ikut trademark ahkak senduk nie..(ok abaikan).

Tetapi adakala ada jugak keluar status yang akurasamacamnaklempangsamatuanpunyastatus sebab buat status yang aku rasa tak patut beliau tulis. Dahla hari-hari status beliau keluar kat home facebook aku. Aku tahulah Facebook korang, hak korang, korang ada hak kebebasan individu untuk tulis macam-macam luahan yang ada dalam hati dan kepala otak korang, tetapi agak-agakla noks. (ok aku ciplak trademark ahkak senduk lagi)..Tetapi aku boleh melabelkan status korang seperti berikut adalah kebebasan bersuara melampau dan perlu aku remove/unfriend korang tanpa soal siasat terlebih dahulu. Aku pun ada hak kebebasan individu juga di mana aku merasa terancam dengan status korang terhadap keselamatan minda dan perasaan aku. Bila baca status korang, aku rasa macam minda aku boleh rosak dan rasa nak marah orang ja. Terancam aku taw. Tolongla korang privatekan status yang tak patut dibuat macam tu. 

Erm..erm status yang macam mana yang aku maksudkan tu. OK, kat bawah ni aku senaraikan status yang aku rasa mengancam keselamatan minda dan perasaan aku. Aku rasa orang lain juga. Korang belek satu per satu kot-kot status korang tersenarai..hahaha :p

Antara status yang boleh mencemar minda dan mengugat perasaan:
1. "Bosanla harini.."  - aku lagi bosan baca status korang yang bosan nie taw tak. Aku rasa banyak benda lagi boleh buat dalam dunia nie. Paling bodoh main game atau tengok movie, menyanyi ka. (Aku bagi contoh yang kurang berfaedah) Yang berfaedah pulak contohnya, solat sunat, baca Quran, dengar ceramah (ko mampu?).

2. "terima kasih abang sebab sudi belanja ayang makan rotimayat tadi" - perlu ke ko wat status ni in 'public' tak boleh ke ko mesej terus kat cik abang ko? Aku pun tak paham apakejadah tujuan ko.

3. "Tgh srabut kpala..aduiii" "sakit ati betoila" - hari-hari orang yang sama status yang negatif. Wei, aku yang terbaca status ko pun tiba-tiba jadi negatif taw.  Hidup ko asyik merungut dan tak pernah gembira ke?

4. "Tadi jumpa duit sekupang, lepastu aku p sedekah duit tu kat masjid" - perlu ke ko heboh 'kebaikan' ko?

5. "Tadi aku g makan kat kedai mamak, lepastu sakit perot.aku pun berak.puas doe" - ko boleh explain lagi tak ko berak taik cirit ke keras ka bentuk bintang? -.-

6. "today, my boss going outstation to hotel villaruntuh" - yang kau sebok sgt kenapa, bos kau bukan kau.
7. "sesapa belum tidur, sila like status nie" - bajet banyak friends dan orang penting la kan?

8. "aduh penat harini drive from putrajaya-tg.badak-segamat-arau-k.lumpur-tg.bewak-k.lumpur-arau-segamat- tg.badak-putrajaya" - hebat dahlah tuh?

9. "Sial betol..aku ngorat awex baju pink td dia tak layan..damn!" - padan muka ko bro!

10. "itew giew shopping tadiew  adew juwalan muewrahhh..itew beliew coli kaler pink" - bahasa apa ko guna dik.? Coli ko saiz berapa ko tak gtaw pulak?

Itulah antaranya status yang 'beliau' (sapa makan cili dia terasa pedasnya). cukuplah malas aku nak bongkar banyak lagi kriteria status yang menggugat keamanan perasaan bila membacanya. Aku pun kadang-kadang buat jugak. hahah (sememangnya aku jujur). Tetapi tulah aku tak da masalah, aku boleh remove/unfriend korang anytime ja kalau aku dah bosan dengan status korang tu.Tapi tahukah korang bahawa status korang tu mencerminkan peribadi korang? Orang yang baca status korang boleh tahu korang nie jenis manusia yang macam mana. Kalau hari-hari dok update status negatif, tak mustahil korang memang seorang yang berfikiran negatif kan?

Jadi, nasihat aku berhati-hatilah ketika mengupdate status di Facebook. jangan sampai makan diri.

p/s: entry sentap hati mak nak..soryy aku memang suka 'terus terang'.




1 comment:

Anonymous said...

poyo.boooo