Peminat Tomyam

February 6, 2012

Pre-Wedding Photoshoot - Trend Jahiliah?

Sudah lama. sudah lama aku perasan benda nie dan terfikir-fikir. sekarang baru ada masa nak buat entry. Aku tak reti nak mengulas isu ini. Tapi sejauh mana kefahaman dan pengamatan aku. Benda ni macam trend yang menjadi budaya dan ikutan pasangan pengantin yang bakal berkahwin. Ya, mereka BELUM BERKAHWIN tapi bergambar bersama dengan mesra alam sekali. Mereka BELUM AKAD NIKAH lagi tapi dah bergambar berduaan bermesraan bagai. Kalau yang sudah akad nikah, tak perlu aku nak buat entry sebegini. -.-



Kononnya romantik, berpegangan tangan, berlaga-lagaan pipi, siap ada payung kaler warna-warni, maen cak-cak bawah pokok ketapang (hentam sajalah nama pokok tuh..hehe)..macam-macam aksi..konon suweeet dan sangat romantik...mula-mula aku konfius jugak depa ni dah nikah ke belum..kaji punya kaji belum lagi..haishhh...apa kes nie.. tak kan la depa tak taw yang jika belum nikah mana leh wat aksi macam tu.. 

Dan..aku lagi pelik..ada jugak photographer yang suka ambek gambar pre-wedding mcm tuh..

'haishhh..nak pelik apa..depa fikir untung ja maaa'

'hermmmm...'

'Alaaaa..orang dah nak kawen, excited laa..kompom nak kawen, mesti buat cenggitu..tak salah pon'
'haaa? ko kompom diorang kawen ka? buatnya esok salah sorang mati ka? mana kita tahu ajal maut di tangan Tuhan...bukannya tak da kes jadi cmtu, jgnla buat hukum beruk lak (bak kata abg hamka kereta mayat')

HERMMMMM...aku rasa aku tak nak banyak-banyak bincang sal nie..korang semua dah tahu benda tu tetap HARAM selagi tak akad nikah..malas nak ulas panjang..meh kita baca pulak apa kata blogger yang lain..saksikannnn...(hehe)

****************

"Trend ni kalau untuk mat saleh, dan yang bukan agama islam boleh la. Yang sampai orang melayu pun ada pre-wedding ni apa cer? Korang tu belum nikah lagi. Tak kan tak tahu hukum kot."

"Walaupun engko nak kawen, tapi masih belum akad nikah. Engko pun tahu, kalau lelaki dan perempuan yang masih belum ada sebarang ikatan, tak boleh pegang tangan. Hukumnya HARAM. Kau tau kan tu? Tapi, kenapa masih buat?"

Entry full klik SINI

### Blogger Cik Epal

 "Sesetengah orang terlalu taksub nak ikut trend. Benda ni macam perkara wajib pulak untuk bakal pengantin. Orang buat kita pon sibuk nak buat. Orang melayu Islam ni suka sangat adaptasi budaya barat kan?"

"Ni yang PRE wedding ni aku tak faham. Nama pon PRE kan? Gambar kemain tak nak kalah. Dukung sana dukung sini, pegang sana sini, cium sana peluk sini. Cubit-cubitan sana senggol-senggolan sini. . Aku pon sampai konpius. Depa ni dah nikah ke belum?"


Aku rasa ramai perempuan yang plan nak buat gambar pre wedding ni. Biasalah perempuan kan camwhore. muahahaha. Kadang-kadang aku kesian dengan lelaki dalam gambar. Macam dipaksa je suruh bergambar. Macam lelaki tu kena paksa posing baring tepi pokok, pegang kipas warna-warni, buat-buat muka ceria, feeling-feeling pinic tepi tasik, pegang teddy bear besar gedabak tapi muka gangster. Lelaki nyorok belakang pasu bunga, yang perempuan main cak-cak. hehh. Muka brader-brader tapi tangkap gambar je muka nak comel kiut miut macam artis kpop =,="

Entry full klik SINI
Herm..dah faham ke? Bagi yang dah lakukan perkara ni. Eloklah bawak bertaubat walaupun dah selamat nikah dah. Bagi yang bercadang nak buat, eloklah simpan bajet tu untuk perkara lain yang lebih berfaedah. Bagi yang baru teringat-ingat nak buat (macam kata kat diri sendiri ja..haha)..eloklah lupa-lupakan..

Bagi photograpaher..elakkan lah bersubahat..

Semoga kita bersederhana dalam semua perkara dan elakkan perkara yang menimbulkan fitnah..

p/s : Kalau dah nikah..esok suka hati korang la photoshoot camna sekalipun..tak kaco orang sudah la kan..hehehe

Sekian^^peace.


No comments: