Peminat Tomyam

April 12, 2012

Bukan Aku Tak Nak Cantik...

" Bukan aku tak nak cantik, tapi aku tak ada masa untuk kelihatan cantik"
" Bukan aku tak nak pakai mekap, tapi aku tak ada masa untuk mekap"
" Bukan aku tak nak pakai lawa-lawa, tapi aku tak ada masa untuk beli pakaian lawa"

sekadar gambar hiasan

Islam adalah agama sederhana. Begitu juga aku, aku telah lama menjadi sederhana. Aku telah lama memupuk tabiat kesederhanaan dalam diri aku. Aku rimas dengan perkara yang berlebih-lebihan. Ya, fitrah dan naluri seorang wanita ingin kelihatan cantik, wanita sukakan keindahan dan sentiasa dipandang baik. Tapi, bagiku cukup sifat sederhana itu boleh melambangkan kecantikan yang aku diami selama ini.

Tapi, sejujurnya aku sedih melihat kawan-kawan aku yang menjadi mangsa fesyen dunia masa kini. Fesyen hijabista dan shawlista dalam dunia muslimah telah menjeratkan sebahagian kaum hawa yang rakus dalam mengejar kecantikan. Aku akui mereka telah lama bergelumang dalam jerat yang terhijab itu.

Mengeluh aku dalam diam. Apakah mereka tidak sedar mereka telah banyak melakukan pembaziran? Apakah mereka tidak sedar mereka telah banyak membuka hijab seorang wanita yang berselindung di sebalik 'hijab' mereka itu? Apakah mereka tidak sedar bahawa mereka telah menyeksa batin beribu-ribu kaum adam di luar sana dek 'kecantikan' mereka itu? Apakah mereka tidak sedar mereka sebenarnya telah menyusahkan diri mereka dan orang lain hanya kerana terlalu rakus dengan dunia kecantikan ciptaan mereka?

Itulah antara persoalan yang selalu bermain di benak fikiran aku...

Aku sejujurnya pernah berniat untuk sama-sama merasai nikmatnya hidup berfesyen dan bercantik-cantik. Tapi tidak lama, aku cepat tersedar..Aku bertanya pada diriku.. " Wahai diri, apakah tujuanmu hendak menonjolkan kecantikanmu di khalayak ramai?" " Apakah kerana kamu hendak orang memujimu, membanggakanmu, meminatimu, mengagungkanmu? Tetapi dalam masa yang sama aku telah menambah aibmu dan timbangan dosamu?"

Allah berfirman di dalam Al-quran:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (surah al-Nur, ayat 31)

Tidakkah Islam itu bersifat sederhana dan mudah?

Kenapa wanita zaman sekarang suka menyusahkan diri sendiri dan secara tidak langsung menyusahkan juga orang di sekelilingnya?

Eh, susah apa lak nie?

Ok.. biar aku jelaskan lagi apa yang dimaksudkan dengan kecantikan yang korang kejarkan itu menyusahkan diri korang. 

Kalau kita nie jenis perempuan suka berhias, pakai mekap tebal, pakai baju cantik-shawl berlapis-lapis, lepastu kita nak solat nak ambil wuduk..adakah masa yang diperlukan untuk membuang mekap dan tudung dan memakai mekap dan tudung semula itu sekejap sahaja berbanding kita ini merupakan perempuan yang tidak bermekap dan memakai tudung biasa (cth. tudung bawal atau tudung sarung yang labuh tu)

Aku membuat pernyataan di atas kerana aku sendiri pernah berpengalaman sama ada pengalaman diri sendiri atau pengalaman daripada kawan-kawan perempuan yang lain. Aku boleh lihat perbezaan masa untuk bersiap antara perempuan yang sederhana dengan perempuan yang suka nak lihat cantik ini. Sungguh menguji kesabaran aku. Sangat terhegeh-hegeh sebab aku tak suka orang yang lembab dan suka berlengah-lengah hanya kerana sesuatu yang tidak penting., Ya, bagi aku bermekap-mekap dan berlama-lama di hadapan cermin itu adalah perkara yang tidak penting dan membazir masa. Sedangkan banyak perkara penting hendak diselesaikan. 

Pernah seorang sahabat aku ini yang pakai tudung jenis berbelit-belit apabila aku mengajaknya solat di surau ketika di pusat membeli belah sanggup mengatakan 'aku nak solat bila balik bilik nantilah..malas nak buka dan pakai tudung semula..lambat'..Aik..tahupun lambat kan..kan islam dah ajar cara mudah dan senang.. Kita sendiri yang ada hak untuk memilih cara pakaian yang kita akan pakai. Tapi kita sengaja pilih yang menyusahkan dan membebankan. Akibatnya, dalam melaksanakan perkara yang wajib, kita lalai dalam mengerjakannya. Kecewa kan?

Jadi, aku menyeru kawan-kawan muslimahku dan diri aku sendiri agar sentiasa bersederhana dalam berpakaian dan berhias. Biarlah kecantikan kita ini hanya pada yang hak untuk melihatnya yakni suami kita. Usahlah ditayang di khalayak umum. Kelak nanti akan menyusahkan diri sendiri juga.

p/s: Entry seorang perempuan yang tidak bertudung labuh atau berpurdah tetapi sedang usaha untuk memperbaiki dirinya. Cukuplah sekadar perkongsian yang ikhlas dari hati.

AWAS! KECANTIKAN ITU MEMBUNUH!!

Apa Guna..

Usaha-usaha pembersihan blog sedang dijalankan berikutan blog sudah lama tak berhupedat...(tuan blog merasakan diri beliau bizi kalah Pok Jib..sedangkan beliau ada saja idea nak menghupedat.. tapi beliau kelihatan sungguh MALAS sekali..)

Abaikan intro di atas yang sudah muak dengan alasan-alasan lapuk kalau blog sudah bersawang dan berhabuk (boleh buat kuih habuk-habuk sudah)...

Tuan blog kembali menghudapedate entry baru yang bertajuk apa guna dengan pesanan apa guna korang masuk blog aku kalau tak baca entry baru aku? muahahahaha..

Apa guna ada henpon canggih, tapi kalau betry kong.
Apa guna ada isteri, tapi tak boleh masak kat suami.
Apa guna bawak motor, tapi takut nak mencilok-cilok.
Apa guna beragama Islam, tapi tak solat wajib lima waktu.
Apa guna ada mak kat kampung, kalau tak balik menjenguk.
Apa guna gaji besaq beribu-ribu sebulan, kalau tak boleh simpan setengah.
Apa guna pakai mekap lawa-lawa, kalau mulut macam longkang.
Apa guna rumah besar, kalau orang di dalamnya tak bahagia.
Apa guna kasut tumit tinggi mahal, kalau nak kencing berak masuk toilet juga.
Apa guna ada kereta mewah, tapi atas jalan jem jugak.
Apa guna ada astro, tapi bil tak berbayar.
Apa guna jadi bapuk, tapi masuk tandas lelaki.
Apa guna jadi bos, tapi tak boleh memimpin anak buah.
Apa guna online Facebook, tapi tak kenal Mark Zuckerberg.

Lastly...
Apa guna ada blog, kalau tak berhupedattt!! 
 
errrr....

p/s: entry mengata diri sendiri..eh korang pon terasa ke? -.-