Peminat Tomyam

May 30, 2012

Kan Aku Dah Cakap...


Harini aku nak jadi makcik sebab aku nak berletiaq..

Disebabkan aku ni bukan jenis perempuan yang suka berletiaq…(Cuma kadang-kadang ada jugak meroyan..hahaha)

Aku nie suka berterus-terang dengan kawan atau sesiapa saja yang terdekat kalau aku tak suka sesuatu dan kalau aku tak berterus terang tu kira aku kejam la sebab orang yang tak pernah menegur orang yang disayangi memang dia tak kisah pon apa nak jadi pada orang tu. Jadi, pada mereka yang aku tak pernah tegur (nasihat/bagi peringatan), kira aku tak sayang korang taw.! Muahahaha (gelak kejam).

Kepada korang yang aku selalu tegur sebab aku sayang korang, fahamilah aku tegur tu ada maknanya dan aku tegur bukan sebab aku sempurna atau aku ni baik sangat, Cuma aku suka kita saling menegur, saling menasihati dan saling memperingati. Kan islam jugak yang ajar macam tu. Aku tegur kau dan kau tegur aku.

Hakikatnya teguran kadang-kadang pahit untuk ditelan..Kan??

Di sini aku deklamasikan sajak (yang tak macam sajak) untuk korang yang aku sayangi..heeee ^_^ (kira suweet abeh le tu?

Puisi Seorang Makcik yang Suka Berletiaq

Weii..

Kan Aku Dah Cakap
Jangan Buang Duit Beli Barang Mekap
Habis Satu Muka Depa Touch-Up
Baik Simpan Duit Beli Kicap

Kan Aku Dah Cakap
Jangan Berkapel Dengan Orang Gelap
Gelap Hati dan Gelap Sikap
Apatah Lagi yang Suka Menguap

Weii..

Kan Aku Dah Cakap
Duduk diam-diam Sampai Hari Malap
Ni Kerja Asyik Dok Merayap
Baik Dok Rumah Terperap

Kan Aku Dah Cakap
Belajaq-belajaq la Buat Kudap
Ni Rumah Langsung Tak Berasap
Baik Tak Payah Pasang Tingkap

Weii..

Kan Aku Dah Cakap
Bawak Moto Usah Tunjuk Pikap
Nanti Jatuh Atas Jalan Berturap
Tak Sempat Jatuh dah Kena Tangkap

Kan Aku Dah Cakap
Pakai Baju dan Tudung Siap-siap
Ni Tak, Pakai Baju Semua Nak Up
Sampai Nampak Panau dan Kurap

Weii..

Kan Aku Dah Cakap
Aku Tak Kisah Kalau Sekali Kau Buat Silap
Ni Dah Berkali-kali Kau Buat Silap
Apa Kau Ni Memang Jenis Bengap?

Kan Aku Dah Cakap
Jangan Dok Buang Sampah Sarap
Kelak Nanti Bumi Tercungap-cungap
Ditambah pula Pembakaran dan Asap

Weii..

Kan Aku Dah Cakap
Jangan Buat Darah Aku Menyirap
Penat Aku Kejar Sampai Tercungap-cungap
Bila Hutang Aku Kau Nak Settle Up?

Kan Aku Dah Cakap
Orang Kaya Banyak Main Songlap
Pak Polisi, Imigresen Semua Depa Kedap
Kat Akhirat Esok Tunggulah Kau Jawab!

Sekian..penat jugak berletiaq ni nooohh^^ 

No comments: