Peminat Tomyam

May 29, 2012

Menulis Perlukan Kesabaran!

Menulis adalah satu perbuatan yang memerlukan kesabaran yang tinggi dan konsisten!

Kenapa, tak percaya ke?

Menulis bukanlah macam perbuatan lain seperti makan, mandi dan bercakap.

Kita boleh makan apabila ada makanan, dan juga tiada makanan..Makan angin pon makan jugak kan?
Kita boleh mandi apabila ada air dan tak ada air..mandi peluh?
Kita boleh bercakap jika kita tak bisu dan juga tanpa kawan..
Cakap sorang-sorang pon jadi kan..?

Tak macam menulis..
Di samping memerlukan idea dan topik/isu yang hendak dibincangkan, menulis dengan konsisten memerlukan kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang kesabaran pon disertai dengan mood yang elok.

Sebab tulah penulis-penulis yang menghasilkan karya seperti novel, puisi, cerpen, artikel dan penulis blog boleh menghasilkan penulisan yang berkualiti apabila mereka adalah seorang yang sabar!

Yeah..aku akui tentang itu?

Sebab apa?

Sebab aku bukanlah penulis blog yang sabar..sebab tu aku jarang update blog!!
Hahahaha..

Dah banyak kali aku buat entry di tengah jalan, aku tak publish sebab tak habis tulis. Bila idea datang mencurah, lepastu idea dah sucks!! perghh tak sabar aku menunggu datang balik idea dan terus aku log out blog aku dan buat kerja lain. Memang tak penyabar kan?

Jadi, aku rasa aku sendiri belum jumpa jalan penyelesaian lain untuk wujudkan kesabaran yang tinggi untuk aku terus update entry di blog nie..

er..mungkin kena ada 'benda' yang boleh memotivasikan aku untuk tulis blog ni kot..! Apa eh?

#tengok..pendek ja entry aku kan..memang tak penyabar! haha xD

mempunyai kesabaran yang tinggi ibarat mencium stokin yang busuk 
tetapi kita masih mampu menahan baunya =P


No comments: