Peminat Tomyam

January 5, 2013

Air Mata

Air mata, bila kau boleh berhenti kerja?
Cukuplah keluarkan posesi kau itu,
Itu tak menjamin produktiviti..

Air mata, kalaulah aku majikan,
Aku tak akan ambil kau bekerja
Sebab kau akan musnahkan syarikat aku
Sekat kreativiti aku
Kau sakitkan jiwa yang hidup
Kau punah harapan yang menggunung
Badan menjadi lemah
Mata menjadi kuyu
Bibir bergetar
Fikiran lemah

Air mata..
Tolong berhenti kerja
Saat hati terluka
Saat jiwa sengsara
Oh..bagaimana dengan hati?
Hati yang gembira?
Jika ini, kau boleh bekerja semula
Hanya untuk musim suka

Jangan dilupa, kau ada kerja hakiki
Kerja yang abadi
Kau dicipta untuk mengabdikan diri
Kepada Illahi
Terus, kau bekerjalah sesungguh hati
Jika untuk mengambil gaji
Atau lebih elok kerja tanpa kerja gaji
Kelak itu lebih diberkati

p/s: menangislah pada yang hak. Air mata dicipta untuk Yang Abadi.



No comments: