Peminat Tomyam

January 15, 2014

Sendiri yang Fikir..

Fikirkan orang lain
Kelak diri banyak berjasa
Fikirkan diri sendiri
Kelak diri banyak merana

Serba tak kena
Serba rasa bersalah
Apabila diri yang ingin
Tetapi terpaksa lupakan kehendak hati
Yang lahir dari naluri

Dan kenapa tidak dia
Fikirkan saya
Yang saya
Selalu fikirkan dia
Hurm...terlalu banyak pengorbanan ini
Terlalu banyak pendam rasa hati

Bukan tak tulus
Apatah lagi ikhlas
Hanya mengenang nasib diri
Yang tidak dipeduli

Sampai bila akan begini
Tunggu masa yang entah bila
Kelak diri lenyap dari bumi
Mungkin itulah tiba insafi 






No comments: